Friday, June 14, 2013

lelong! lelong!

Mangsa lelong.




Read more...

Wednesday, June 12, 2013

dan punai pun melayang...

Semua senyum... termasuk Aisyah.

AlhamdulilLah, dah setel satu bab... bersunat. Awal2 cuti sekolah baru nih Jumaat (24/05/13), pukul 08:00am bertempat di Pusrawi Kajang. Dengan sikit rasa takut + excited... selesai dgn selamat. Selepas melalui proses pemulihan selama lbh krg dua minggu... bole main bola lagi. Selamat menempuh fasa baru buat Muhammad Fawwaz, Muhammad Harith dan Arif (anak sepupu)... Aisyah jadi tukang sorak.

Read more...

Wednesday, May 22, 2013

cerita 20 sen

Suatu ketika, seorang ustaz yang telah ditugaskan untuk menjadi imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan imam tersebut menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas imam itu membayar tambang dan duduk di dalam bas... dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan baki wang yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila bas menghampiri masjid, imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata imam tersebut kepada pemandu bas.

"Ohh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni? Kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah...
Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"


Moralnya: Jangan la menggadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerana iman tak boleh di jual beli...

Read more...

Saturday, May 4, 2013

pilihlah kak limah

Dipercayai di sekitar kawasan inilah kak limah telah terbuang undi.

Assalamualaikum... bersawang lagi bersemut... itulah kata yang hampir sesuai bagi menggambarkan blog ini. Bagi memecahkan kesunyian hidup di sebalik timbunan sabut dan batu, cantek rasanya menulis barang seayat dua... asal jangan tidak kata orang.


'Selamat membuang undi' kepada para pembuang undi. Buanglah undi anda di tempat membuang undi. Jangan dibuang di bawah pokok. Sampai hitam kering tak ada sape nak mengira undi yang dibuang di bawah pokok... itu sahaja.

Read more...

Friday, August 24, 2012

ya ampuun


Salam idulfitri maaf lahir batin,

taqabbalulLah minna waminkum taqabbal ya Karim...

drp. pakngah, makngah & anak2

Read more...

Monday, November 23, 2009

tetamu agung

Kamal baru sahaja berkahwin dgn anak dara Pak Jamal. Oleh sebab tak mampu membeli rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya ada sesuatu yang tak kena... Kamal ni kuat sangat melantaknya. Bapa mertuanya selalu merungut... beras 30kg... senang2 je seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal tinggal di rumahnya… cepat sangat barang2 dapur habis. Kamal betul2 menghabiskan borehhh. Tapi Kamal ada kebaikannya... dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang... awal waktu lagi tuh. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… waktu maghrib elok jer baring depan tv... khusyuk layan Jangan Lupa Lirik!... pastu sambung tengok berita… pastu makan… pastu tidur. Esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang sampai tengahari. Balik rumah makan... kemudian tidur lagi... petang pergi kedai kopi lagi... main dam... nyembang ngalahkan orang politik. Sebab sama2 tau keburukan memasing... anak menantu tak berani menasihati bapa mertua... bapak mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.


Pak Jamal mencari akal… macam mana nak kenakan si Kamal ni. Bengang betul dia… dahlah tak kerja… melantak kuat pulak tu. Suatu hari dia dapat idea…


"Kamal... mari kita main dam aji," cadangnya kepada Kamal.


"Cantek tu pak," setuju Kamal tanpa syak apa2.


Semasa bermain, Pak Jamal sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal. Dia hulur... Kamal makan... hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi... makan lagi... dan lagi… dan lagi.


"Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa... agak2 la!" Kuat suara Pak Jamal sambil tersenyum hepi.


"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang2 aku kuat makan... tapi tak apa…" rungutnya dalam hati.


Tak puas hati... mereka main game kedua. Bapak mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi... tak makan juga… kena tangkap. Tak macam game mula2 tadi… dia dah bijak sikit. Bila tak makan, mestilah kena tangkap (undang2 dam... mesti makan... kalu tak... buah kena tangkap). Sampai la akhirnya bapak mertuanya dapat melangkah dgn mudah hingga ke haji. Apa lagi...


"Ehh! Orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke?" laju jer mulut Kamal bersuara.


Merah padam muka Pak Jamal… dia yang nak kenakan menantunya... tapi dia pulak yang kena checkmate.


Sejak hari itu... mereka berdua dah berubah. Nafsu makan Kamal menjadi lbh terkawal... dan Pak Jamal jadi lebih alim... tak tinggal sembahyang lagi. Sekarang ni mereka berdua ada kat Makkah... di tanah gersang... menjadi tetamu Yang Maha Agung.

Agak2 anda... yg mana satu Kamal... yg mana pak mertuanya?

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

nur hikmah

Pada zaman dahulu, seorang raja memerintah sebuah negeri yang luas tanah jajahan takluknya. Pemerintahannya dibantu oleh jemaah menteri yang diketuai oleh seorang bendahara. Bendahara merupakan seorang yang bijak dan arif tentang soal pentadbiran negeri. Maka keraplah raja meminta pandangan dan nasihat berkenaan pentadbiran daripada bendahara. Malah dalam hal-hal yang tidak berkenaan pun baginda sering merujuk kepada bendahara, terutamanya hal-hal berkaitan rumahtangga dan anak2. Apabila diajukan persoalan, bendahara sering menjawab dengan jawapan yang standard, "Tentu ada hikmahnya, tuanku."

Pada suatu hari, baginda telah bermain pedang dengan hulubalang istana. Entah bagaimana, pedang baginda telah terlepas daripada genggaman lalu jatuh tepat mengenai kaki baginda. Baginda mengalami kecederaan teruk yang seterusnya menyebabkan baginda menjadi cacat. Dalam kesakitan yang amat sangat (tau jer laa...mana ada pain killer zaman tuh), baginda memerintahkan bendahara datang menghadap. "Apakah alamatnya ini wahai bendahara?" tanya baginda tegas. "Tentu ada hikmahnya, tuanku," jawab bendahara dengan muka yang blur dan tak pasti.

Mendengar jawapan itu, baginda menjadi murka. "Beta dah cedera teruk begini, kamu masih mengatakan ada hikmah!" Tanpa berfikir panjang lagi, baginda memerintahkan bendahara disumbat ke penjara. Hangin betul baginda terhadap bendahara. Mulutnya membebel dengan segala kata carut, seolah-olah tiada yang baik pada bendahara.

Memang menjadi hobi raja pergi berburu di hutan. Setelah sembuh, raja pun pergi melepaskan giannya dengan diiringi oleh seluruh hulubalang yang ada. Setibanya di satu kawasan hutan tebal, rombongan raja telah bertembung dengan satu kaum yang primitif (spesis makan orang lagi gondorowo). Tanpa sebarang perisytiharan, pertempuran pun meletus. Pasukan raja dengan mudah telah ditewaskan dan ditawan (langsung takde stamina pasal semua jenis badan yang agak berisi). Melihat kepada tubuh raja yang sangat gempal (baca gendut), kaum tersebut telah memilih baginda untuk dikorbankan sebagai persembahan kepada dewa penjaga hutan. Namun setelah didapati ada kecacatan kaki, baginda telah dibebaskan. Apa lagi tanpa menoleh ke belakang, baginda lari terkengkang2 meninggalkan pasukannya. Sebagai ganti ketua hulubalang yang tidak kurang gedempolnya dipilih untuk dikorbankan.

Sesampainya ke istana dalam keadaan termengah2, raja memerintahkan agar bendahara dibebaskan dan dipanggil menghadap. Baginda menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa pergi berburu kepada bendahara dengan penuh semangat, walaupun bendahara tak berapa nak ambil port.

"Benarlah kata kamu, memang ada hikmah kecacatan yang beta alami ini," kata baginda.


"Tapi apa pula hikmahnya beta memenjara kamu?" tanya raja.

"Kalau tuanku tidak memenjara patik, tak pasal2 patik terpaksa ikut tuanku pergi berburu dan dah tentulah patik yang dipilih menggantikan tempat tuanku sebagai korban," jawab bendahara sambil mengusap2 perutnya yang boleh tahan juga.

Moral: Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku... jangan bersedih, redha dan bersabarlah. Kenapa... tak percaya?

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP