Monday, November 23, 2009

tetamu agung

Kamal baru sahaja berkahwin dgn anak dara Pak Jamal. Oleh sebab tak mampu membeli rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya ada sesuatu yang tak kena... Kamal ni kuat sangat melantaknya. Bapa mertuanya selalu merungut... beras 30kg... senang2 je seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal tinggal di rumahnya… cepat sangat barang2 dapur habis. Kamal betul2 menghabiskan borehhh. Tapi Kamal ada kebaikannya... dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang... awal waktu lagi tuh. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… waktu maghrib elok jer baring depan tv... khusyuk layan Jangan Lupa Lirik!... pastu sambung tengok berita… pastu makan… pastu tidur. Esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang sampai tengahari. Balik rumah makan... kemudian tidur lagi... petang pergi kedai kopi lagi... main dam... nyembang ngalahkan orang politik. Sebab sama2 tau keburukan memasing... anak menantu tak berani menasihati bapa mertua... bapak mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.


Pak Jamal mencari akal… macam mana nak kenakan si Kamal ni. Bengang betul dia… dahlah tak kerja… melantak kuat pulak tu. Suatu hari dia dapat idea…


"Kamal... mari kita main dam aji," cadangnya kepada Kamal.


"Cantek tu pak," setuju Kamal tanpa syak apa2.


Semasa bermain, Pak Jamal sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal. Dia hulur... Kamal makan... hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi... makan lagi... dan lagi… dan lagi.


"Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa... agak2 la!" Kuat suara Pak Jamal sambil tersenyum hepi.


"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang2 aku kuat makan... tapi tak apa…" rungutnya dalam hati.


Tak puas hati... mereka main game kedua. Bapak mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi... tak makan juga… kena tangkap. Tak macam game mula2 tadi… dia dah bijak sikit. Bila tak makan, mestilah kena tangkap (undang2 dam... mesti makan... kalu tak... buah kena tangkap). Sampai la akhirnya bapak mertuanya dapat melangkah dgn mudah hingga ke haji. Apa lagi...


"Ehh! Orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke?" laju jer mulut Kamal bersuara.


Merah padam muka Pak Jamal… dia yang nak kenakan menantunya... tapi dia pulak yang kena checkmate.


Sejak hari itu... mereka berdua dah berubah. Nafsu makan Kamal menjadi lbh terkawal... dan Pak Jamal jadi lebih alim... tak tinggal sembahyang lagi. Sekarang ni mereka berdua ada kat Makkah... di tanah gersang... menjadi tetamu Yang Maha Agung.

Agak2 anda... yg mana satu Kamal... yg mana pak mertuanya?

5 komen:

abah aman November 25, 2009 at 4:49 PM  

salam pakngah,
Jemaah mana pak jamal dan kamal ni? Lain macam je... Susah juga nak teka ni... Walau macamana pun semoga mereka mendapat haji yang mabrul. Kalau dah niat untuk kebaikan main dam pun boleh menjadi baik. Selamat iduladha buat pakngah dan keluarga. Lama kita tak jumpa nih!

Sheikh December 1, 2009 at 10:50 PM  

elok la main dam... kalau dua-dua beranak hisap dam lagi haru... hehehe

azmietaha December 4, 2009 at 4:50 PM  

PAK JAMAL DAN KAMAL ketika ini sedang tawaf di BAITULLAH, depa berdua dah betul-betul insaf sampai takde masa nak bergambar. Alhamdulillah, YANG MEMBERI ITU MAHA MENGETAHUI walau terlindung disebalik hati!
MABRUR haji mereka.

Ann December 10, 2009 at 3:09 PM  

Baguslah camtu, dua-dua dah insaf...
Depa sibuk tawaf kot, jadi takde dalam gambar.

azmietaha May 4, 2010 at 8:01 PM  

Lama Betul EN. KAMAL di Makkah, dah tak sudi update blog dah ke?

-Hhahaaa

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP