Monday, November 23, 2009

tetamu agung

Kamal baru sahaja berkahwin dgn anak dara Pak Jamal. Oleh sebab tak mampu membeli rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya ada sesuatu yang tak kena... Kamal ni kuat sangat melantaknya. Bapa mertuanya selalu merungut... beras 30kg... senang2 je seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.

Sejak Kamal tinggal di rumahnya… cepat sangat barang2 dapur habis. Kamal betul2 menghabiskan borehhh. Tapi Kamal ada kebaikannya... dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang... awal waktu lagi tuh. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… waktu maghrib elok jer baring depan tv... khusyuk layan Jangan Lupa Lirik!... pastu sambung tengok berita… pastu makan… pastu tidur. Esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang sampai tengahari. Balik rumah makan... kemudian tidur lagi... petang pergi kedai kopi lagi... main dam... nyembang ngalahkan orang politik. Sebab sama2 tau keburukan memasing... anak menantu tak berani menasihati bapa mertua... bapak mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.


Pak Jamal mencari akal… macam mana nak kenakan si Kamal ni. Bengang betul dia… dahlah tak kerja… melantak kuat pulak tu. Suatu hari dia dapat idea…


"Kamal... mari kita main dam aji," cadangnya kepada Kamal.


"Cantek tu pak," setuju Kamal tanpa syak apa2.


Semasa bermain, Pak Jamal sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal. Dia hulur... Kamal makan... hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi... makan lagi... dan lagi… dan lagi.


"Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa... agak2 la!" Kuat suara Pak Jamal sambil tersenyum hepi.


"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang2 aku kuat makan... tapi tak apa…" rungutnya dalam hati.


Tak puas hati... mereka main game kedua. Bapak mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi... tak makan juga… kena tangkap. Tak macam game mula2 tadi… dia dah bijak sikit. Bila tak makan, mestilah kena tangkap (undang2 dam... mesti makan... kalu tak... buah kena tangkap). Sampai la akhirnya bapak mertuanya dapat melangkah dgn mudah hingga ke haji. Apa lagi...


"Ehh! Orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke?" laju jer mulut Kamal bersuara.


Merah padam muka Pak Jamal… dia yang nak kenakan menantunya... tapi dia pulak yang kena checkmate.


Sejak hari itu... mereka berdua dah berubah. Nafsu makan Kamal menjadi lbh terkawal... dan Pak Jamal jadi lebih alim... tak tinggal sembahyang lagi. Sekarang ni mereka berdua ada kat Makkah... di tanah gersang... menjadi tetamu Yang Maha Agung.

Agak2 anda... yg mana satu Kamal... yg mana pak mertuanya?

Read more...

Tuesday, October 6, 2009

nur hikmah

Pada zaman dahulu, seorang raja memerintah sebuah negeri yang luas tanah jajahan takluknya. Pemerintahannya dibantu oleh jemaah menteri yang diketuai oleh seorang bendahara. Bendahara merupakan seorang yang bijak dan arif tentang soal pentadbiran negeri. Maka keraplah raja meminta pandangan dan nasihat berkenaan pentadbiran daripada bendahara. Malah dalam hal-hal yang tidak berkenaan pun baginda sering merujuk kepada bendahara, terutamanya hal-hal berkaitan rumahtangga dan anak2. Apabila diajukan persoalan, bendahara sering menjawab dengan jawapan yang standard, "Tentu ada hikmahnya, tuanku."

Pada suatu hari, baginda telah bermain pedang dengan hulubalang istana. Entah bagaimana, pedang baginda telah terlepas daripada genggaman lalu jatuh tepat mengenai kaki baginda. Baginda mengalami kecederaan teruk yang seterusnya menyebabkan baginda menjadi cacat. Dalam kesakitan yang amat sangat (tau jer laa...mana ada pain killer zaman tuh), baginda memerintahkan bendahara datang menghadap. "Apakah alamatnya ini wahai bendahara?" tanya baginda tegas. "Tentu ada hikmahnya, tuanku," jawab bendahara dengan muka yang blur dan tak pasti.

Mendengar jawapan itu, baginda menjadi murka. "Beta dah cedera teruk begini, kamu masih mengatakan ada hikmah!" Tanpa berfikir panjang lagi, baginda memerintahkan bendahara disumbat ke penjara. Hangin betul baginda terhadap bendahara. Mulutnya membebel dengan segala kata carut, seolah-olah tiada yang baik pada bendahara.

Memang menjadi hobi raja pergi berburu di hutan. Setelah sembuh, raja pun pergi melepaskan giannya dengan diiringi oleh seluruh hulubalang yang ada. Setibanya di satu kawasan hutan tebal, rombongan raja telah bertembung dengan satu kaum yang primitif (spesis makan orang lagi gondorowo). Tanpa sebarang perisytiharan, pertempuran pun meletus. Pasukan raja dengan mudah telah ditewaskan dan ditawan (langsung takde stamina pasal semua jenis badan yang agak berisi). Melihat kepada tubuh raja yang sangat gempal (baca gendut), kaum tersebut telah memilih baginda untuk dikorbankan sebagai persembahan kepada dewa penjaga hutan. Namun setelah didapati ada kecacatan kaki, baginda telah dibebaskan. Apa lagi tanpa menoleh ke belakang, baginda lari terkengkang2 meninggalkan pasukannya. Sebagai ganti ketua hulubalang yang tidak kurang gedempolnya dipilih untuk dikorbankan.

Sesampainya ke istana dalam keadaan termengah2, raja memerintahkan agar bendahara dibebaskan dan dipanggil menghadap. Baginda menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa pergi berburu kepada bendahara dengan penuh semangat, walaupun bendahara tak berapa nak ambil port.

"Benarlah kata kamu, memang ada hikmah kecacatan yang beta alami ini," kata baginda.


"Tapi apa pula hikmahnya beta memenjara kamu?" tanya raja.

"Kalau tuanku tidak memenjara patik, tak pasal2 patik terpaksa ikut tuanku pergi berburu dan dah tentulah patik yang dipilih menggantikan tempat tuanku sebagai korban," jawab bendahara sambil mengusap2 perutnya yang boleh tahan juga.

Moral: Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku... jangan bersedih, redha dan bersabarlah. Kenapa... tak percaya?

Read more...

Tuesday, September 29, 2009

bicara dengan hati

Sambil menung2, pakngah makan kueh raya. Mula2 makan kacang, pastu kueh mazola... pastu kueh apo ntah (tak tau namo). Sambil pikir2 bila agaknya nak stat puasa enam nih... masa nak tidor rasa macam bersemangat. Bila menjelang pagi tu, macam pudar pulak semangat tuh. Kena pakat dengan makngah nampak gayanya nih. Tiba2 teringat kisah Imam al-Ghazali dengan murid2nya.

Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid2nya. Beliau bertanya murid2nya soalan yang pertama, "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi jawapan yang paling benar ialah yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Bila2 masa sahaja kita boleh mati, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab. Sebagaimana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185)
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?" Murid2nya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang2.

Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar. Tetapi yang paling jauh adalah 'masa lalu'. Bagaimanapun usaha kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan.
Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apakah yang paling besar di dunia ini?" Murid2nya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari.

Semua jawapan itu benar kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling besar di dunia ini adalah 'nafsu' (Al-A'raf : 179). Berhati2lah dengan nafsu. Jangan sampai nafsu menyeret kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab batu, besi dan gajah.

Semua jawapan hampir benar, kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah 'amanah' (Al-Ahzab : 72). Pokok2, binatang, gunung, malah malaikat; semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga ramai yang dimasukkan ke neraka kerana tidak menunaikan amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah "Apakah yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun.

Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali.
Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'solat'. Ramai yang leka / sibuk dengan kerja sehingga meringankan solat. Pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid2nya menjawab dengan serentak, pedang.

Benar kata Imam al-Ghazali.
Tetapi yang paling tajam adalah 'lidah manusia'. Sebab dengan lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya.

Itulah dia... suruh puasa pun pakngah dah rasa berat. Belum suruh perang. Allahuakbar!
Buatnya kejap lagi mati?? Wahai hati, ingatlah...

Read more...

Wednesday, September 9, 2009

mata yang menangis

Pernah diceritakan mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati kepada seorang wanita. Suatu ketika wanita itu keluar untuk satu keperluan, maka lelaki itu turut pergi bersamanya. Mereka telah sampai di satu kampung yang sunyi sepi kerana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah sama ada orang kampung telah tidur semuanya?”
Lelaki itu beranggapan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan sekitar untuk melihat sama ada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu wanita tersebut bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh itu Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera dia meninggalkan wanita itu kerana dia takut aakan Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya, “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”


Rasulullah saw bersabda, “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya. Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Sesiapa yang takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan sesiapa yang berasa aman daripada-Ku di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah, pada hari qiamat akan didatangkan api yang bergemuruh hingga menggetarkan hati setiap ummah. Semakin mendekatinya, gemuruh tersebut menjadi semakin kuat dan dapat didengar dari jarak perjalanan sejauh 500 tahun. Setiap orang menghampiri para nabi namun para nabi berkata, "Nafsi-nafsi (sendiri-sendiri)"; kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupai. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Nabi Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang yang khusyu’ dan demi orang-orang yang berpuasa; kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as, "Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu ia datang sambil membawa segelas air sambil berkata lagi, “Ambillah air ini dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw mengambil air tersebut dan dipercikkan ke api. Seketika kemudian api itu pun padam.
Lalu Nabi Muhammad saw bertanya, “Air apakah ini?” Jibril menjawab, “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut akan Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah.”

Rasulullah saw seringkali berdoa, “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada-Mu sebelum air mata ini habis.”

Read more...

Tuesday, September 1, 2009

pemburu malam

Bangun pada malam hari khususnya pada 1/3 malam menjelang subuh, tatkala mata sedang sangat kelat, bukan kerja mudah. Apatah lagi untuk bangun beribadah. Pengalaman ini pernah dialami oleh seseorang yang kemudian bertanya kepada Hasan, “Hai Abu Sa'id, sesungguhnya saya melalui malam dalam keadaan segar bugar, dan saya juga telah menyediakan air untuk berwudhu'. Tetapi mengapa saya sukar bangun daripada tidur?” Jawab Hasan, “Dosa-dosa kamulah yang telah mengekangmu.”

Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan, “Banyak daripada makanan yang menghalangi bangun malam dan banyak daripada pandangan yang menghalangi untuk membaca surah.” Tambah Hujjatul Islam itu lagi, “Makanan yang haram dan pandangan yang haram boleh menjadi punca sukar untuk bangun malam.”

Beberapa catatan adab di bawah ini barangkali boleh membantu memudahkan kita bangun dan istiqamah dalam usaha memburu malam khususnya malam Ramadhan yang sedang kita lalui ini:

1. Keinginan yang Kuat
Bila ingin solat malam, tumbuhkan keinginan yang kuat (niat) dari dalam diri untuk bangun, sebelum menuju pembaringan. Peliharalah niat itu dan kuatkan kembali hingga mata terpejam. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang hendak tidur lalu dia berniat untuk bangun solat tahajjud, kemudian tidur hingga pagi hari, maka dicatatnya niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap sebagai kurnia daripada Allah yang diberikan padanya.” (Riwayat al-Nasa'i dan ibn Majah dengan sanad yang sah).

2. Putuskan Mimpi dan Melihat Langit
Apabila sudah terjaga, jangan berikan kesempatan kepada syaitan / nafsu untuk menghalangi kita dengan menelusuri mimpi-mimpi yang baru saja dialami. “Putuskanlah mimpi-mimpi seperti itu dan bergegaslah meninggalkan pembaringan,” pesan Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Pak Hamka). Sebelum menunaikan solat disunatkan keluar melihat langit dan bintang-bintang sambil berdoa sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah saw, “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, aku mohon keampunan-Mu dan aku mohon rahmat-Mu. Ya Allah tambahlah pengetahuanku dan janganlah Engkau palingkan hatiku, sesudah Engkau beri hidayah padaku. Berikanlah rahmat dari sisi-Mu kerana Engkau Maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali sesudah mematikanku dan pada-Nya pula tempat kembali.”

3. Mula dengan yang Ringan
Sebaik-baiknya solat malam dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan, selanjutnya kerjakan sesuka hati. Daripada Aisyah katanya, “Rasulullah saw apabila bangun malam untuk solat, baginda memulainya dengan dua rakaat yang ringan.” Begitu juga dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, baginda saw bersabda, “Apabila seseorang antaramu bangun malam, maka hendaklah memulai solatnya dengan dua rakaat yang ringan.”

4. Bangunkan Keluarga
Apabila sudah bangun, jangan lupa untuk membangunkan juga ahli keluarga. Rasulullah saw pernah membangunkan Ali bin Abi Talib, untuk solat malam seperti yang tercatat dalam sebuah hadith daripada Saidina Ali ra, “Bahawa Rasulullah saw pada satu malam mengetuk pintu rumahnya. Waktu itu dia sedang tidur bersama Fatimah, isterinya. Baginda saw bersabda: Apakah engkau berdua tidak bangun untuk solat?” Dalam hadith yang lain daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Allah memberikan rahmat kepada lelaki yang bangun malam untuk solat lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya itu menolak lalu dia memercikkan air di mukanya. Allah juga memberikan rahmat-Nya kepada seorang wanita yang bangun malam untuk solat lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya menolak lalu dia percikkan air di mukanya.”

Selain itu, perkara yang sebaik-baiknya dilakukan agar kita mudah bangun malam menurut Imam al-Ghazali antara lain adalah --- tidak terlalu banyak makan dan minum, kurangkan kegiatan yang mengundang rasa letih baik fizikal mahupun rohani, ambil waktu sebentar pada siang hari menjelang solat Zuhur untuk qailullah (tidur sejenak) dan yang terakhir, tinggalkan kegiatan mengandung dosa kerana hal itu mengundang kerasnya hati, rasa malas dan memutuskan rahmat-Nya.

Read more...

Wednesday, August 26, 2009

tonik hati



Bulan yang mulia ini, elok benau kalau kita layan bacaan al-quran... sambil nak buat resepi kuih raya yg paling maveles... atau sambil nak kaler ilustrasi... atau sambil mgupdate blog... atau sambil memikir layout yg paling cun... atau sambil membungkus hamper (sebelum kita dibungkus). Kalau tak mampu nak layan, alangkah baik kalu kita sendri baca... biau org lain dengau. InsyaAllah ia akan menjadi tonik bagi hati yg sdg gundah gulana... hati yg sdg duka nestapa... hati yg sdg resah sengsara... hati yg sdg lalai menggila... atau apa2 je la masalah hati sama ada yg biasa2 atau yg kronik. Kalau Saidina Umar ra yg terkenal dgn ganas dan garang pd zaman kufurnya boleh lembut hati bila dengar bacaan al-Quran... org Melayu yg mmg terkenal dgn sifat lemah lembut, patut lbh tunduk hati kita tatkala mendengar ayat2 Allah.

Read more...

Sunday, August 23, 2009

kuliah puasa ustaz azhar



Ada enam video dalam siri puasa melayu ini. Hayatilah untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai puasa. Puasa ni setahun sekali... tu yang kadang2 pemahaman kita agak longgar.

Read more...

Saturday, August 22, 2009

tazkirah ramadhan 1



Tazkirah ini adalah pada Ramadhan yang lalu. Namun ia masih tetap relevan untuk kita mengecas iman kita. Mudah2an ia memberi manfaat pada kita semua.

Read more...

Wednesday, August 19, 2009

ramadhan terakhir...


Masa pantas berlalu... Ramadhan datang lagi. Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yg terakhir untuk kita... kita tidak akan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Dah berpuluh kali Allah bagi kita peluang... tapi kita sia-siakan. Inilah peluang terakhir kita... kalau kali ni pun fail juga... malang sungguh nasib kita. Ini pun kita kena banyak bersyukur... berapa ramai saudara atau sahabat kita yang dah tak dapat peluang keemasan ini. Hendak atau tidak, kita kena laluinya dengan sungguh2. Ambil segala peluang terakhir ini sepenuhnya. Allah tak akan tipu kita... Allah tak akan pernah sia-siakan harapan kita. Berpuasalah dengan penuh keikhlasan... dengan penuh harapan... dan dengan penuh rasa kekhuatiran. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Kepada yang tak nak berpuasa... cukup2 la tu. Takkan dengan Allah pun ko nak tunjuk samseng.

Mudah2an puasa terakhir ini menjadi suatu amalan yang diterima Allah sebaris dengan puasa para solihin dan para muttaqin.

Read more...

Monday, August 17, 2009

pecah kaco pecah beling

Sesiapa yang belum kenal dengan pokok ini, anda boleh melihatnya di beberapa tempat sekitar Lembah Klang seperti di Hospital Putrajaya yang dijadikan sebagai pokok hiasan.

Khasiat --- Pokok pecah beling mempunyai banyak khasiat. Kandungan antioksidannya tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.

Nama saintifik tumbuhan ini Strobilanthes Crispus atau Saricocalix Crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 - 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Ia dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia.

Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok ini mudah ditanam dan hidup subur. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik. Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah.

Kajian --- Kajian oleh Kusumoto & konco-konco (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara invitro (kultur tisu) dan invivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula dalam darah di samping meningkatkan tahap antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Daun pecah beling yang dijadikan teh telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi. Ia mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula dalam darah pada tikus yang diaruh diabates. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling mampu untuk merencatkan pertumbuhan dua daripada sembilan mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus Sobrinus dan Streptococcus Mutans iaitu bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Alkisahnya --- Actually pakngah ni ada masalah sakit tumit dan kadang2 sakit otot2. Rasa sakit tu payah nak cerita espcially waktu pagi. Ada la usaha untuk memulihkannya dengan beberapa kaedah lain tapi kurang berkesan. Sehingga pakngah balik kampung beberapa minggu yang lalu, pakngah petik 10 helai dan rebus daun pokok ini. Dalam tempoh sehari semalam tuh, memang pakngah menogok air ni je. Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua keesokan harinya rasa sakit pada tumit dan beberapa anggota berkurangan dengan ketara. Jadi jika anda ada masalah lebih kurang macam pakngah, mungkin ini satu pilihan untuk anda mencubanya. Zass...

Read more...

Saturday, August 8, 2009

menanti talkin bergema

Tiada perlindungan selain perlindungan Allah.
Tiada penyembuhan selain penyembuhan Allah.

Jika sudah tertulis... di sini ajalnya... di sinilah kuburnya.

Jika sudah ditakdir... sekarang masanya... sekaranglah akhirnya.

Jika belum sampai masa... kita masih ada masa.
Sementara nak sampai masa... jaga diri... jaga peribadi.

Jangan lupa Allah... supaya Allah tak lupa kita.

Read more...

Tuesday, August 4, 2009

i'm home...

Dah lamo bona pakngah tak ngepos di sini. Tak ada satu alasan yg konkrit yg menyebabkan bondo ni berlaku. Mungkin alasan yang tepat... malas.

Namun setelah sekian lamo menyepi... pakngah rase dah sampai masanya utk kembali mengaktifkan diri di arena perinternetan ini.

Dah lamo tak menaip, idea pun sangkut2... macam berak tak lawas. Kono bagi maso sikit utk kembali lancar. Pado sohabat2 dan kenalan... terimolah persembahan pakngah mulai sekarang... hingga insyaAllah kembali kepada-Nya.

Read more...

Monday, April 27, 2009

kelebihan solat sunat dhuha


Daripada Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Sesiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih di lautan." (riwayat Abu Daud, bab solat Dhuha, no. 1287)

Daripada Hasan bin Ali ra berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya." (riwayat Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperoleh pahala seperti haji & umrah." Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "(haji & umrah) yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna." (riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hasan gharib, no. 586)

Daripada Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah ‘azzawajalla berfirman: Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu." (riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Daripada Abu Hurairah ra, "Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain jemaah ini." Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperoleh ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperoleh ghanimah dalam waktu yang lebih singkat." (riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Dipetik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/

Read more...

Sunday, April 26, 2009

jom solat

Doa Nabi Ibrahim as untuk dirinya dan keturunannya:

(( ربي اجعلنى مقيم الصلاة ومن زريتى ربنا وتقبل دعاء ))

Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang, juga keturunanku, wahai Tuhan kami, terimalah permohonan ini. (surah Ibrahim : 40)


(( ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لك ))

Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri (patuh) kepada-Mu dan jadikanlah antara keturunan kami umat yang mematuhi-Mu. (surah al-Baqarah : 128)


Ringan tapi berat...kecuali org yg khusyuk. Pakngah dok mengingatkan diri pakngah sendiri dan sumo la...mudah2an kito ni tak tergolong dlm kalangan org2 yg lalai. "Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah zuriat keturunanku daripada kalangan org2 yg mendirikan solat," antara doa yg selalu pakngah baco lps solat.


Okey la sonang citor didiklah anak2 kito bersolat. "Abang, jom solat...adik, jom solat."

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

sapo punyo kojo plak ni?

Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan-NS tercemar.

NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.

Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.



Pengajaran nyer...

  • Jangan ngada2 nak anjur prlawanan bola / sukan masa musim pilihanraya... tak kira la PRK / PRU. Mano cukup polis nak jaga keselamatan dgn penonton yg ribu2 org. Unit2 sokongan mano sompek nak bekojar gi stadium... jauh tuhh. Kalu nak sgt bersukan maso pilihanrayo... anjurkan je sukaneka rakyat... lbh ramai org bole ambik bhg... badan sihat... hati pun tonang.
  • Tak payah la nak jaga tempat ceramah pilihanraya... ngabihkan duit rakyat je. Org dtg cuma nak dgr ceramah... abis ceramah diorang blk rumah. Mana ada orang gi ceramah bawak bom / bungapi... waima mancis pun takde... yo la kurang sgt yg isap rokok... apo perlu nye mancis. Org yg hati koring je yg masih isap rokok... kat kotak rokok skrg nih dah ado gambar yg mengorikan... pakngah tak lalu nak nengok.
  • Anggota polis elok ditempatkan kat stadium je... eloknya berkampung kat situ 3 hari sebelum dan 3 hari selepas perlawanan. Penonton yg nak masuk stadium... cek brg2 yg dibawak. Biaso nengok kat tv... bilo masuk gol je... dontam-dontum bunyi mercun... bom asap lagi... bekabus je padang. Jgn lupa isi tangki air water cannon ponoh2... bilo ado yg mencarut melampau2 / merusuh mcm kono rasuk... pancut copek2 orang tuh... bagi sodar sikit. Ado kereto kono bakar... pancut kat kereto tuh plak. Kalu aman jo semuo... dgn erti kato lain air tuh byk berlobih... jgn membazir... kiro pakat buat mandi la ramai2. Baru ekau tau mcmano raso kono air tuh.

Mgkn ado laei pengajaran yg bole dikutip drp peristiwa nih... ekau pikir la sendiri!

Read more...

Monday, April 6, 2009

jangan tegor??

Apa hal plak tak bole tegor? Suko2 ekau jo kato jangan tegor. Pakngah nak tegur gak... cerita merepek2 mcm ni pun nak dibuek. Apa la paedah nye? Lebih2 pun lepas tengok cerita ni... bertambah hantu perangai orang pi tengok. Pakngah agak yakin... takde la kata tujuan org yg buat filim ni... nak bagi kesedaran kat org ramai ttg kebesaran dan kehebatan Allah... takde le kata nak membina minda masyarakat sejajar dengan hasrat murni pemerintah bagi melahirkan masyarakat madani (fuhh! 1st time guna perkataan ni...terasa manyak tinggi woo).

Pakngah yakin isunya bkn madani... tapi mauadani... fulus! Diorang dah buat kira2 beb... masyuk juta2... kalu tak mati idup balik takde diorang nak buat cerita nih.

Org yg pi tengok pun satu... bayau RM7 (betul ke hrga tiket byk ni?) pasal nak rasa takut. Kalu nak sgt rasa takut... nih pakngah nak kobar. Ekau pi cari tafsir Quran... ikut suko la nak tafsir sapo... nak tafsir Pak Hamka ko... tafsir Syed Qutb ko... tafsir Sonhadji ko... ekau baco tafsir Surah al-Waqi'ah. Baco slow2... nak syiok laei... baco tongah malam... maso anak2 dah tido... baco dgn penoh penghayatan. Bole raso soram+takut bai... nak elok laei... gi ngaji ngan tok guru kek pondok. Baru betol punyo soram... baru real punyo takut.

Read more...

Tuesday, March 31, 2009

apo cerito??

Pakngah pernah terbaca daripada satu site nih... dia kata,"Orang yang bijaksana menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang ‘orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."

Tuh cuma satu pandangan orang yang banyak memikir... dalam maksud ayat tuh. Apa pun pandangan tu masih boleh diperdebatkan. Tak ada salahnya andai ada yang berbeza pendapat dalam hal ni... pasai dia bukannya nas dari Quran atau hadith. Betoi ka?? Pakngah ni biasa gak berbeza pendapat dgn makngah... tak jadi masalah pun.

Pakngah cuma nak kata... ilmu pakngah nih tak tinggi... ilmu silat ker... ilmu agama ker... tapi tak la sampai tahap goblok... bole la takat nak goreng satu dua ayat. Pasai tuh agak payah la pakngah nak memblog pasal ilmu. Kemampuan pakngah cuma takat cerita apa yang orang cerita... cerita pasai orang lain sikit... selebihnya cerita pasai diri sendiri la. Tapi kalu cerita2 tuh semua ada nilai ilmu... kira bole la kot duduk sebaris dengan orang yang bijak pandai?? Bukan apa... jadi tukang kipas... hehe.

Dalam apa keadaan pun... kalau kita tau sikit... kita cerita kat orang sikit. Kalu tau banyak mcm prof atau tok guru... hang cerita la banyak2 biau semua orang bole jadi alim. Tuh dia cantik nyer Islam... setiap orang wajib tuntut ilmu. Dah tau kalu... wajib menyebarkan ilmu. Pastu... pi belajaq lagi. Pandai sikit... ajaq orang lagi. Begitulah seterusnya sampai akhirnya.

Memblog nih pun rasanya bole jadi tempat mengaji... kalu kata nak bukak kitab kat surau atau madrasah... bukan pakngah la tuh. Setakat susun kitab... tuh bole. Allah SWT pun dah ingatkan untuk berjaya, kita hendaklah sentiasa 'berpesan-pesan dengan kebenaran, berpesan-pesan dengan kesabaran.'

Tu dia... pakngah ambik peluang memblog nih untuk berpesan2 pada diri pakngah, makngah dan anak2 pakngah... seterusnya sapa2 je la yang singgah. Walau ilmu pakngah tak tinggi mana... ada hati gak nak memblog.

Read more...

Friday, March 27, 2009

bukak kedai....grengg!

123 testing... testing... (saje nak test copong nih ok ke tak)

AlhamdulilLah... puji-pujian hanya bagi Allah SWT. Selawat dan salam khusus kepada RasululLah saw, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda... seterusnya kepada muslimin-muslimat yang telah berjuang dengan apa jua cara dan pada bila2 zaman pun bagi menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini... dan bagi memastikan setiap insan dapat merasai nikmat iman dan Islam.

AlhamdulilLah... pagi yang cerah... lagi tenang ini... setenang hati makngah... rasanya elok makngah stat bukak kedai. Angan2 nak bukak kedai dah lama terdetik di hati. Kejap dia hot... sat tuh sejuk dan hilang. Tuh la dia angan2. Tapi bila ekonomi (baca ekonomi pakngah) jadi tak berapa baguih... ditambah keadaan pakngah yang bukan makin sihat... makngah rasa inilah masanya untuk makngah buat sesuatu. Inilah starting point bagi makngah mengintai sebarang peluang dalam dunia tenet nih. Orang lain mungkin dah maju... mungkin ada yang dah jadi jutawan pun (tak kurang gak yang dah muflis akibat tertipu kat tenet)... tapi makngah rasa belum terlalu terlambat untuk memulakan langkah. Betol tak? <tepok tangan!>

Kedai makngah nih takde la besar sangat... terlalu kecik kalau nak dibanding dengan emporium yang baru dibukak kat Pelangi Semenyih tuh. Dan takde pulak benda2 yang terlalu nitch sifat nyer... pokoknya barang tuh halal dan baik... yang penting barang yang orang suka (tuh yang jadi SUKOBONA tuh). Satu lagi mampu dibeli oleh orang biasa... sesuai ler dengan modal makngah yang ciput nih. Kalu nak beli kapal selam... konfirm takde kat sini... tuh kena tanya baginda. Kalu nak gambar kapal selam... insyaAllah bole diushakan. Setup kedai nih pun simple jer... nak masuk ikut mana pun bole... sapa2 bole singgah... takde eksklusif nyer. Tak payah nak malu2... kat sini bole jadi kedai... beli benda... bole jadi warong... tempat nyembang... bole jadi library... tempat membaca... bole jadi balairaya... tempat miting. Kalau takat singgah jap dan bagi salam... pun AlhamdulilLah. Jangan serik lain kali bole mai lagi. Urang awak ke... bukan urang awak ke... senang citer sumer sangat dialu2kan kat kedai nih. <tepok lebih kuat!>

Rasanya takyah citer panjang lagi... trima kasih pada pakngah (senyum jer nampak nyer)... pada anak2 makngah yang tengah lasak bermain.... dan pada sumer la yang sudi singgah... dengan ini kedai SUKOBONA dibukak dengan rasminya...
<tepok paling kuat!>

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP