Monday, April 27, 2009

kelebihan solat sunat dhuha


Daripada Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Sesiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih di lautan." (riwayat Abu Daud, bab solat Dhuha, no. 1287)

Daripada Hasan bin Ali ra berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya." (riwayat Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperoleh pahala seperti haji & umrah." Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "(haji & umrah) yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna." (riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hasan gharib, no. 586)

Daripada Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah ‘azzawajalla berfirman: Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu." (riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)

Daripada Abu Hurairah ra, "Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain jemaah ini." Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperoleh ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperoleh ghanimah dalam waktu yang lebih singkat." (riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)

Dipetik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/

0 komen:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP