Tuesday, October 6, 2009

nur hikmah

Pada zaman dahulu, seorang raja memerintah sebuah negeri yang luas tanah jajahan takluknya. Pemerintahannya dibantu oleh jemaah menteri yang diketuai oleh seorang bendahara. Bendahara merupakan seorang yang bijak dan arif tentang soal pentadbiran negeri. Maka keraplah raja meminta pandangan dan nasihat berkenaan pentadbiran daripada bendahara. Malah dalam hal-hal yang tidak berkenaan pun baginda sering merujuk kepada bendahara, terutamanya hal-hal berkaitan rumahtangga dan anak2. Apabila diajukan persoalan, bendahara sering menjawab dengan jawapan yang standard, "Tentu ada hikmahnya, tuanku."

Pada suatu hari, baginda telah bermain pedang dengan hulubalang istana. Entah bagaimana, pedang baginda telah terlepas daripada genggaman lalu jatuh tepat mengenai kaki baginda. Baginda mengalami kecederaan teruk yang seterusnya menyebabkan baginda menjadi cacat. Dalam kesakitan yang amat sangat (tau jer laa...mana ada pain killer zaman tuh), baginda memerintahkan bendahara datang menghadap. "Apakah alamatnya ini wahai bendahara?" tanya baginda tegas. "Tentu ada hikmahnya, tuanku," jawab bendahara dengan muka yang blur dan tak pasti.

Mendengar jawapan itu, baginda menjadi murka. "Beta dah cedera teruk begini, kamu masih mengatakan ada hikmah!" Tanpa berfikir panjang lagi, baginda memerintahkan bendahara disumbat ke penjara. Hangin betul baginda terhadap bendahara. Mulutnya membebel dengan segala kata carut, seolah-olah tiada yang baik pada bendahara.

Memang menjadi hobi raja pergi berburu di hutan. Setelah sembuh, raja pun pergi melepaskan giannya dengan diiringi oleh seluruh hulubalang yang ada. Setibanya di satu kawasan hutan tebal, rombongan raja telah bertembung dengan satu kaum yang primitif (spesis makan orang lagi gondorowo). Tanpa sebarang perisytiharan, pertempuran pun meletus. Pasukan raja dengan mudah telah ditewaskan dan ditawan (langsung takde stamina pasal semua jenis badan yang agak berisi). Melihat kepada tubuh raja yang sangat gempal (baca gendut), kaum tersebut telah memilih baginda untuk dikorbankan sebagai persembahan kepada dewa penjaga hutan. Namun setelah didapati ada kecacatan kaki, baginda telah dibebaskan. Apa lagi tanpa menoleh ke belakang, baginda lari terkengkang2 meninggalkan pasukannya. Sebagai ganti ketua hulubalang yang tidak kurang gedempolnya dipilih untuk dikorbankan.

Sesampainya ke istana dalam keadaan termengah2, raja memerintahkan agar bendahara dibebaskan dan dipanggil menghadap. Baginda menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa pergi berburu kepada bendahara dengan penuh semangat, walaupun bendahara tak berapa nak ambil port.

"Benarlah kata kamu, memang ada hikmah kecacatan yang beta alami ini," kata baginda.


"Tapi apa pula hikmahnya beta memenjara kamu?" tanya raja.

"Kalau tuanku tidak memenjara patik, tak pasal2 patik terpaksa ikut tuanku pergi berburu dan dah tentulah patik yang dipilih menggantikan tempat tuanku sebagai korban," jawab bendahara sambil mengusap2 perutnya yang boleh tahan juga.

Moral: Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku... jangan bersedih, redha dan bersabarlah. Kenapa... tak percaya?

3 komen:

azmietaha October 6, 2009 at 6:51 PM  

BENDAHARA yang kena penjara itu hari dah upgrade dia punya sistem, dari 2G ke 3G.

- 3G(dibaca sebagai) GEMPAL...GEMUK DAN GEDEMPOL!
SENANG HATI AGAKNYA!

pakngah October 7, 2009 at 8:46 AM  

apo tak senang hati... banyak bona rasuah teknikal...

abah aman October 7, 2009 at 10:19 AM  

salam pakngah!
Dan mesti ditangani dengan penuh hikmah juga... salam syawal

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP