Wednesday, September 9, 2009

mata yang menangis

Pernah diceritakan mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati kepada seorang wanita. Suatu ketika wanita itu keluar untuk satu keperluan, maka lelaki itu turut pergi bersamanya. Mereka telah sampai di satu kampung yang sunyi sepi kerana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah sama ada orang kampung telah tidur semuanya?”
Lelaki itu beranggapan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan sekitar untuk melihat sama ada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu wanita tersebut bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh itu Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera dia meninggalkan wanita itu kerana dia takut aakan Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya, “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”


Rasulullah saw bersabda, “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya. Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Sesiapa yang takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan sesiapa yang berasa aman daripada-Ku di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah, pada hari qiamat akan didatangkan api yang bergemuruh hingga menggetarkan hati setiap ummah. Semakin mendekatinya, gemuruh tersebut menjadi semakin kuat dan dapat didengar dari jarak perjalanan sejauh 500 tahun. Setiap orang menghampiri para nabi namun para nabi berkata, "Nafsi-nafsi (sendiri-sendiri)"; kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupai. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”
Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Nabi Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang yang khusyu’ dan demi orang-orang yang berpuasa; kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as, "Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu ia datang sambil membawa segelas air sambil berkata lagi, “Ambillah air ini dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw mengambil air tersebut dan dipercikkan ke api. Seketika kemudian api itu pun padam.
Lalu Nabi Muhammad saw bertanya, “Air apakah ini?” Jibril menjawab, “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut akan Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah.”

Rasulullah saw seringkali berdoa, “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada-Mu sebelum air mata ini habis.”

2 komen:

abah aman September 11, 2009 at 4:35 PM  

Salam pakngah,
Subhanallah... Agaknya sudah berapa banyakkah abah menangis kerana takutkan Allah berbanding dengan tangisan kerana takutkan masalah duniawi? Agaknya sudah berapa banyak juga abah ingatkan Rasulullah saw berbanding ingatkan orang lain?

azmietaha September 15, 2009 at 9:14 PM  

WANITA (YANG PAKAI BAJU BIRU PURPLE- agaknya) TU MEMANG HEBAT. TAKWANYA TINGGI MENGGUNUNG HINGGA RUNTUH SEBUAH GELOMBANG NAFSU-NAFSI YANG MENBADAI PADA DIRI PEMUDA ITU!
Kisah dan teladan untuk jadi panduan.

-air IMTIYAAZ bersih dan suci.
AIR MATA MENYUCI DOSA.

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP