Friday, June 14, 2013
Wednesday, June 12, 2013
dan punai pun melayang...
Wednesday, May 22, 2013
cerita 20 sen
Suatu ketika, seorang ustaz yang telah ditugaskan untuk menjadi imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan imam
tersebut menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu
hari, selepas imam itu membayar tambang dan duduk di dalam bas... dia
tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan baki wang yang
lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.
"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" imam tersebut bertanya kepada dirinya.
"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.
Apabila bas menghampiri masjid, imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.
Ketika imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba
seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah
pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.
"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata imam tersebut kepada pemandu bas.
"Ohh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni? Kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.
Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja
memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran
kamu wahai imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan
kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan,
"Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
Moralnya: Jangan la menggadai iman kita dgn seberapa besar pun nilai wang.. kerana iman tak boleh di jual beli...
Saturday, May 4, 2013
pilihlah kak limah
'Selamat membuang undi' kepada para pembuang undi. Buanglah undi anda di tempat membuang undi. Jangan dibuang di bawah pokok. Sampai hitam kering tak ada sape nak mengira undi yang dibuang di bawah pokok... itu sahaja. Read more...
Friday, August 24, 2012
ya ampuun
Monday, November 23, 2009
tetamu agung
Kamal baru sahaja berkahwin dgn anak dara Pak Jamal. Oleh sebab tak mampu membeli rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya ada sesuatu yang tak kena... Kamal ni kuat sangat melantaknya. Bapa mertuanya selalu merungut... beras 30kg... senang2 je seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.
Sejak Kamal tinggal di rumahnya… cepat sangat barang2 dapur habis. Kamal betul2 menghabiskan borehhh. Tapi Kamal ada kebaikannya... dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang... awal waktu lagi tuh. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… waktu maghrib elok jer baring depan tv... khusyuk layan Jangan Lupa Lirik!... pastu sambung tengok berita… pastu makan… pastu tidur. Esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang sampai tengahari. Balik rumah makan... kemudian tidur lagi... petang pergi kedai kopi lagi... main dam... nyembang ngalahkan orang politik. Sebab sama2 tau keburukan memasing... anak menantu tak berani menasihati bapa mertua... bapak mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.
Pak Jamal mencari akal… macam mana nak kenakan si Kamal ni. Bengang betul dia… dahlah tak kerja… melantak kuat pulak tu. Suatu hari dia dapat idea…
"Kamal... mari kita main dam aji," cadangnya kepada Kamal.
"Cantek tu pak," setuju Kamal tanpa syak apa2.
Semasa bermain, Pak Jamal sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal. Dia hulur... Kamal makan... hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi... makan lagi... dan lagi… dan lagi.
"Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa... agak2 la!" Kuat suara Pak Jamal sambil tersenyum hepi.
"Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni… mentang2 aku kuat makan... tapi tak apa…" rungutnya dalam hati.
Tak puas hati... mereka main game kedua. Bapak mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi... tak makan juga… kena tangkap. Tak macam game mula2 tadi… dia dah bijak sikit. Bila tak makan, mestilah kena tangkap (undang2 dam... mesti makan... kalu tak... buah kena tangkap). Sampai la akhirnya bapak mertuanya dapat melangkah dgn mudah hingga ke haji. Apa lagi...
"Ehh! Orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke?" laju jer mulut Kamal bersuara.
Merah padam muka Pak Jamal… dia yang nak kenakan menantunya... tapi dia pulak yang kena checkmate.
Sejak hari itu... mereka berdua dah berubah. Nafsu makan Kamal menjadi lbh terkawal... dan Pak Jamal jadi lebih alim... tak tinggal sembahyang lagi. Sekarang ni mereka berdua ada kat Makkah... di tanah gersang... menjadi tetamu Yang Maha Agung.
Read more...Tuesday, October 6, 2009
nur hikmah
Pada zaman dahulu, seorang raja memerintah sebuah negeri yang luas tanah jajahan takluknya. Pemerintahannya dibantu oleh jemaah menteri yang diketuai oleh seorang bendahara. Bendahara merupakan seorang yang bijak dan arif tentang soal pentadbiran negeri. Maka keraplah raja meminta pandangan dan nasihat berkenaan pentadbiran daripada bendahara. Malah dalam hal-hal yang tidak berkenaan pun baginda sering merujuk kepada bendahara, terutamanya hal-hal berkaitan rumahtangga dan anak2. Apabila diajukan persoalan, bendahara sering menjawab dengan jawapan yang standard, "Tentu ada hikmahnya, tuanku."
Pada suatu hari, baginda telah bermain pedang dengan hulubalang istana. Entah bagaimana, pedang baginda telah terlepas daripada genggaman lalu jatuh tepat mengenai kaki baginda. Baginda mengalami kecederaan teruk yang seterusnya menyebabkan baginda menjadi cacat. Dalam kesakitan yang amat sangat (tau jer laa...mana ada pain killer zaman tuh), baginda memerintahkan bendahara datang menghadap. "Apakah alamatnya ini wahai bendahara?" tanya baginda tegas. "Tentu ada hikmahnya, tuanku," jawab bendahara dengan muka yang blur dan tak pasti.
Mendengar jawapan itu, baginda menjadi murka. "Beta dah cedera teruk begini, kamu masih mengatakan ada hikmah!" Tanpa berfikir panjang lagi, baginda memerintahkan bendahara disumbat ke penjara. Hangin betul baginda terhadap bendahara. Mulutnya membebel dengan segala kata carut, seolah-olah tiada yang baik pada bendahara.
Memang menjadi hobi raja pergi berburu di hutan. Setelah sembuh, raja pun pergi melepaskan giannya dengan diiringi oleh seluruh hulubalang yang ada. Setibanya di satu kawasan hutan tebal, rombongan raja telah bertembung dengan satu kaum yang primitif (spesis makan orang lagi gondorowo). Tanpa sebarang perisytiharan, pertempuran pun meletus. Pasukan raja dengan mudah telah ditewaskan dan ditawan (langsung takde stamina pasal semua jenis badan yang agak berisi). Melihat kepada tubuh raja yang sangat gempal (baca gendut), kaum tersebut telah memilih baginda untuk dikorbankan sebagai persembahan kepada dewa penjaga hutan. Namun setelah didapati ada kecacatan kaki, baginda telah dibebaskan. Apa lagi tanpa menoleh ke belakang, baginda lari terkengkang2 meninggalkan pasukannya. Sebagai ganti ketua hulubalang yang tidak kurang gedempolnya dipilih untuk dikorbankan.
Sesampainya ke istana dalam keadaan termengah2, raja memerintahkan agar bendahara dibebaskan dan dipanggil menghadap. Baginda menceritakan pengalaman yang telah dilalui semasa pergi berburu kepada bendahara dengan penuh semangat, walaupun bendahara tak berapa nak ambil port.
"Benarlah kata kamu, memang ada hikmah kecacatan yang beta alami ini," kata baginda.
"Tapi apa pula hikmahnya beta memenjara kamu?" tanya raja.
"Kalau tuanku tidak memenjara patik, tak pasal2 patik terpaksa ikut tuanku pergi berburu dan dah tentulah patik yang dipilih menggantikan tempat tuanku sebagai korban," jawab bendahara sambil mengusap2 perutnya yang boleh tahan juga.
Moral: Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku... jangan bersedih, redha dan bersabarlah. Kenapa... tak percaya?
Tuesday, September 29, 2009
bicara dengan hati
Sambil menung2, pakngah makan kueh raya. Mula2 makan kacang, pastu kueh mazola... pastu kueh apo ntah (tak tau namo). Sambil pikir2 bila agaknya nak stat puasa enam nih... masa nak tidor rasa macam bersemangat. Bila menjelang pagi tu, macam pudar pulak semangat tuh. Kena pakat dengan makngah nampak gayanya nih. Tiba2 teringat kisah Imam al-Ghazali dengan murid2nya.
Suatu hari, Imam al-Ghazali berkumpul dengan murid2nya. Beliau bertanya murid2nya soalan yang pertama, "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?" Ada muridnya yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi jawapan yang paling benar ialah yang paling dekat dengan kita adalah 'mati'. Bila2 masa sahaja kita boleh mati, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab. Sebagaimana janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185) Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua, "Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia ini?" Murid2nya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang2.
Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar. Tetapi yang paling jauh adalah 'masa lalu'. Bagaimanapun usaha kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali kepada masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan. Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga, "Apakah yang paling besar di dunia ini?" Murid2nya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari.
Semua jawapan itu benar kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling besar di dunia ini adalah 'nafsu' (Al-A'raf : 179). Berhati2lah dengan nafsu. Jangan sampai nafsu menyeret kita ke neraka. Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab batu, besi dan gajah.
Semua jawapan hampir benar, kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling berat adalah 'amanah' (Al-Ahzab : 72). Pokok2, binatang, gunung, malah malaikat; semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga ramai yang dimasukkan ke neraka kerana tidak menunaikan amanahnya. Pertanyaan yang kelima adalah "Apakah yang paling ringan di dunia ini?" Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun.
Semua itu benar, kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah 'solat'. Ramai yang leka / sibuk dengan kerja sehingga meringankan solat. Pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?" Murid2nya menjawab dengan serentak, pedang.
Benar kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah 'lidah manusia'. Sebab dengan lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya.
Itulah dia... suruh puasa pun pakngah dah rasa berat. Belum suruh perang. Allahuakbar! Buatnya kejap lagi mati?? Wahai hati, ingatlah...
Wednesday, September 9, 2009
mata yang menangis
Pernah diceritakan mengenai seorang lelaki yang telah jatuh hati kepada seorang wanita. Suatu ketika wanita itu keluar untuk satu keperluan, maka lelaki itu turut pergi bersamanya. Mereka telah sampai di satu kampung yang sunyi sepi kerana penghuninya telah pun tidur. Lalu, lelaki itu pun menyampaikan hasrat hatinya. Wanita itu menyahut, “Lihatlah sama ada orang kampung telah tidur semuanya?”
Lelaki itu beranggapan bahawa wanita itu bermaksud bahawa wanita itu bersetuju untuk menuruti kehendak hatinya. Dia pun mengelilingi kawasan sekitar untuk melihat sama ada semua orang telah tidur atau tidak. Setelah jelas bahawa semua orang telah tidur, segera dia menghampiri wanita tersebut seraya berkata, “Benar, semua orang telah pun tidur.”
Lalu wanita tersebut bertanya, “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah? Apakah saat ini Dia juga telah tidur?”
Dan lelaki itu pun menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.”
Wanita itu pun berkata, “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap dan tidak melihat kita. Oleh itu Dia lebih berhak untuk ditakuti.”
Dengan segera dia meninggalkan wanita itu kerana dia takut aakan Allah. Dia telah pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia, ada orang telah bermimpi bertemu dengannya.
Lalu ditanya, “Apakah yang telah Allah lakukan kepadamu?”
Lelaki itu menjawab, “Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan kerana aku meninggalkan dosa itu.”
Rasulullah saw bersabda, “Ketika tubuh seorang hamba bergetar kerana takut kepada Allah, berguguranlah dosanya bagaikan dedaunan yang jatuh dari pohonnya. Sesungguhnya Allah berkata: Aku tidak mengumpulkan pada hamba-Ku dua ketakutan dan dua keamanan. Sesiapa yang takut kepada-Ku di dunia, Aku amankan dia di akhirat. Dan sesiapa yang berasa aman daripada-Ku di dunia, Aku akan takutkan dia di akhirat.”
Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Nabi Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata, “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang yang khusyu’ dan demi orang-orang yang berpuasa; kembalilah engkau wahai api!”
Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as, "Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu ia datang sambil membawa segelas air sambil berkata lagi, “Ambillah air ini dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw mengambil air tersebut dan dipercikkan ke api. Seketika kemudian api itu pun padam.
Lalu Nabi Muhammad saw bertanya, “Air apakah ini?” Jibril menjawab, “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut akan Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah.”
Rasulullah saw seringkali berdoa, “Ya Allah, berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada-Mu sebelum air mata ini habis.”
Tuesday, September 1, 2009
pemburu malam
Bangun pada malam hari khususnya pada 1/3 malam menjelang subuh, tatkala mata sedang sangat kelat, bukan kerja mudah. Apatah lagi untuk bangun beribadah. Pengalaman ini pernah dialami oleh seseorang yang kemudian bertanya kepada Hasan, “Hai Abu Sa'id, sesungguhnya saya melalui malam dalam keadaan segar bugar, dan saya juga telah menyediakan air untuk berwudhu'. Tetapi mengapa saya sukar bangun daripada tidur?” Jawab Hasan, “Dosa-dosa kamulah yang telah mengekangmu.”
Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin menjelaskan, “Banyak daripada makanan yang menghalangi bangun malam dan banyak daripada pandangan yang menghalangi untuk membaca surah.” Tambah Hujjatul Islam itu lagi, “Makanan yang haram dan pandangan yang haram boleh menjadi punca sukar untuk bangun malam.”
Beberapa catatan adab di bawah ini barangkali boleh membantu memudahkan kita bangun dan istiqamah dalam usaha memburu malam khususnya malam Ramadhan yang sedang kita lalui ini:
1. Keinginan yang Kuat
Bila ingin solat malam, tumbuhkan keinginan yang kuat (niat) dari dalam diri untuk bangun, sebelum menuju pembaringan. Peliharalah niat itu dan kuatkan kembali hingga mata terpejam. Rasulullah saw bersabda, “Sesiapa yang hendak tidur lalu dia berniat untuk bangun solat tahajjud, kemudian tidur hingga pagi hari, maka dicatatnya niatnya itu sebagai satu pahala, sedang tidurnya itu dianggap sebagai kurnia daripada Allah yang diberikan padanya.” (Riwayat al-Nasa'i dan ibn Majah dengan sanad yang sah).
2. Putuskan Mimpi dan Melihat Langit
Apabila sudah terjaga, jangan berikan kesempatan kepada syaitan / nafsu untuk menghalangi kita dengan menelusuri mimpi-mimpi yang baru saja dialami. “Putuskanlah mimpi-mimpi seperti itu dan bergegaslah meninggalkan pembaringan,” pesan Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Pak Hamka). Sebelum menunaikan solat disunatkan keluar melihat langit dan bintang-bintang sambil berdoa sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah saw, “Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, aku mohon keampunan-Mu dan aku mohon rahmat-Mu. Ya Allah tambahlah pengetahuanku dan janganlah Engkau palingkan hatiku, sesudah Engkau beri hidayah padaku. Berikanlah rahmat dari sisi-Mu kerana Engkau Maha Pemberi. Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan aku kembali sesudah mematikanku dan pada-Nya pula tempat kembali.”
3. Mula dengan yang Ringan
Sebaik-baiknya solat malam dimulai dengan mengerjakan dua rakaat yang ringan, selanjutnya kerjakan sesuka hati. Daripada Aisyah katanya, “Rasulullah saw apabila bangun malam untuk solat, baginda memulainya dengan dua rakaat yang ringan.” Begitu juga dalam hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah, baginda saw bersabda, “Apabila seseorang antaramu bangun malam, maka hendaklah memulai solatnya dengan dua rakaat yang ringan.”
4. Bangunkan Keluarga
Apabila sudah bangun, jangan lupa untuk membangunkan juga ahli keluarga. Rasulullah saw pernah membangunkan Ali bin Abi Talib, untuk solat malam seperti yang tercatat dalam sebuah hadith daripada Saidina Ali ra, “Bahawa Rasulullah saw pada satu malam mengetuk pintu rumahnya. Waktu itu dia sedang tidur bersama Fatimah, isterinya. Baginda saw bersabda: Apakah engkau berdua tidak bangun untuk solat?” Dalam hadith yang lain daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Allah memberikan rahmat kepada lelaki yang bangun malam untuk solat lalu membangunkan pula isterinya dan apabila isterinya itu menolak lalu dia memercikkan air di mukanya. Allah juga memberikan rahmat-Nya kepada seorang wanita yang bangun malam untuk solat lalu membangunkan pula suaminya dan apabila suaminya menolak lalu dia percikkan air di mukanya.”
Selain itu, perkara yang sebaik-baiknya dilakukan agar kita mudah bangun malam menurut Imam al-Ghazali antara lain adalah --- tidak terlalu banyak makan dan minum, kurangkan kegiatan yang mengundang rasa letih baik fizikal mahupun rohani, ambil waktu sebentar pada siang hari menjelang solat Zuhur untuk qailullah (tidur sejenak) dan yang terakhir, tinggalkan kegiatan mengandung dosa kerana hal itu mengundang kerasnya hati, rasa malas dan memutuskan rahmat-Nya.
Wednesday, August 26, 2009
tonik hati
Bulan yang mulia ini, elok benau kalau kita layan bacaan al-quran... sambil nak buat resepi kuih raya yg paling maveles... atau sambil nak kaler ilustrasi... atau sambil mgupdate blog... atau sambil memikir layout yg paling cun... atau sambil membungkus hamper (sebelum kita dibungkus). Kalau tak mampu nak layan, alangkah baik kalu kita sendri baca... biau org lain dengau. InsyaAllah ia akan menjadi tonik bagi hati yg sdg gundah gulana... hati yg sdg duka nestapa... hati yg sdg resah sengsara... hati yg sdg lalai menggila... atau apa2 je la masalah hati sama ada yg biasa2 atau yg kronik. Kalau Saidina Umar ra yg terkenal dgn ganas dan garang pd zaman kufurnya boleh lembut hati bila dengar bacaan al-Quran... org Melayu yg mmg terkenal dgn sifat lemah lembut, patut lbh tunduk hati kita tatkala mendengar ayat2 Allah.
Sunday, August 23, 2009
kuliah puasa ustaz azhar
Ada enam video dalam siri puasa melayu ini. Hayatilah untuk meningkatkan pemahaman kita mengenai puasa. Puasa ni setahun sekali... tu yang kadang2 pemahaman kita agak longgar.
Saturday, August 22, 2009
tazkirah ramadhan 1
Tazkirah ini adalah pada Ramadhan yang lalu. Namun ia masih tetap relevan untuk kita mengecas iman kita. Mudah2an ia memberi manfaat pada kita semua.
Wednesday, August 19, 2009
ramadhan terakhir...
Masa pantas berlalu... Ramadhan datang lagi. Ramadhan kali ni adalah Ramadhan yg terakhir untuk kita... kita tidak akan dapat bertemu dengan Ramadhan lagi. Dah berpuluh kali Allah bagi kita peluang... tapi kita sia-siakan. Inilah peluang terakhir kita... kalau kali ni pun fail juga... malang sungguh nasib kita. Ini pun kita kena banyak bersyukur... berapa ramai saudara atau sahabat kita yang dah tak dapat peluang keemasan ini. Hendak atau tidak, kita kena laluinya dengan sungguh2. Ambil segala peluang terakhir ini sepenuhnya. Allah tak akan tipu kita... Allah tak akan pernah sia-siakan harapan kita. Berpuasalah dengan penuh keikhlasan... dengan penuh harapan... dan dengan penuh rasa kekhuatiran. Selebihnya kita serahkan pada Allah.
Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Kepada yang tak nak berpuasa... cukup2 la tu. Takkan dengan Allah pun ko nak tunjuk samseng.
Mudah2an puasa terakhir ini menjadi suatu amalan yang diterima Allah sebaris dengan puasa para solihin dan para muttaqin.
Monday, August 17, 2009
pecah kaco pecah beling
Sesiapa yang belum kenal dengan pokok ini, anda boleh melihatnya di beberapa tempat sekitar Lembah Klang seperti di Hospital Putrajaya yang dijadikan sebagai pokok hiasan.
Khasiat --- Pokok pecah beling mempunyai banyak khasiat. Kandungan antioksidannya tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob.
Saturday, August 8, 2009
menanti talkin bergema
Tiada perlindungan selain perlindungan Allah.
Tiada penyembuhan selain penyembuhan Allah.
Jika sudah tertulis... di sini ajalnya... di sinilah kuburnya.
Jika sudah ditakdir... sekarang masanya... sekaranglah akhirnya.
Jika belum sampai masa... kita masih ada masa.
Sementara nak sampai masa... jaga diri... jaga peribadi.
Jangan lupa Allah... supaya Allah tak lupa kita.
Tuesday, August 4, 2009
i'm home...
Dah lamo bona pakngah tak ngepos di sini. Tak ada satu alasan yg konkrit yg menyebabkan bondo ni berlaku. Mungkin alasan yang tepat... malas.
Namun setelah sekian lamo menyepi... pakngah rase dah sampai masanya utk kembali mengaktifkan diri di arena perinternetan ini.
Dah lamo tak menaip, idea pun sangkut2... macam berak tak lawas. Kono bagi maso sikit utk kembali lancar. Pado sohabat2 dan kenalan... terimolah persembahan pakngah mulai sekarang... hingga insyaAllah kembali kepada-Nya.
Monday, April 27, 2009
kelebihan solat sunat dhuha

Daripada Muaz bin Anas al Juhani ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Sesiapa yang tetap duduk di tempat solatnya sesudah solat Suboh sedangkan dia tidak berkata apa2 kecuali kebaikan, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat solat Dhuha, maka dosa2nya diampunkan walaupun lebih banyak dari buih di lautan." (riwayat Abu Daud, bab solat Dhuha, no. 1287)
Daripada Hasan bin Ali ra berkata, "Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang telah selesai mengerjakan solat Suboh lalu dia berzikir kepada Allah ‘azzawajalla hingga matahari terbit, kemudian dia mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat (solat Dhuha), nescaya api neraka tidak akan menyentuh kulitnya." (riwayat Baihaqi dlm Syu’bul Iman, iii/420)
Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda, "Sesiapa yang selesai mengerjakan solat Suboh berjemaah, lalu dia duduk sambil berzikir kepada Allah hingga terbit matahari kemudian dia mengerjakan solat 2 rakaat (solat Dhuha), maka dia memperoleh pahala seperti haji & umrah." Anas ra melanjutkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "(haji & umrah) yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna." (riwayat Tirmizi, katanya hadith ini hasan gharib, no. 586)
Daripada Abu Darda ra, sesungguhnya Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah ‘azzawajalla berfirman: Wahai anak Adam! Janganlah kamu malas mengerjakan 4 rakaat solat pada permulaan hari (solat Dhuha), nescaya Aku akan mencukupkan (semua keperluan) mu hingga akhir hari itu." (riwayat Ahmad & perawinya adalah tsiqat, Majmauz Zawaid, ii/492)
Daripada Abu Hurairah ra, "Rasulullah saw mengirim satu jemaah & dalam tempoh yang singkat mereka kembali dengan membawa ghanimah (harta rampasan perang) yang banyak. Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, kami belum pernah melihat satu jemaah pun yang kembali begitu cepat sambil membawa ghanimah yang begitu banyak selain jemaah ini." Rasulullah saw bersabda, "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang seorang yang memperoleh ghanimah dengan waktu yang lebih singkat? Iaitu seorang yang berwuduk dengan sempurna di rumahnya lalu pergi ke masjid untuk mengerjakan solat Suboh, kemudian (setelah terbit matahari) dia mengerjakan solat Dhuha. Sesungguhnya dialah orang yang lebih banyak memperoleh ghanimah dalam waktu yang lebih singkat." (riwayat Abu Ya’la & perawinya adalah sohih, Majmul Zawaid, ii/491)
Dipetik dari http://azharjaafar313.blogspot.com/
Sunday, April 26, 2009
jom solat
Doa Nabi Ibrahim as untuk dirinya dan keturunannya:
(( ربي اجعلنى مقيم الصلاة ومن زريتى ربنا وتقبل دعاء ))
“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang tetap mendirikan sembahyang, juga keturunanku, wahai Tuhan kami, terimalah permohonan ini.” (surah Ibrahim : 40)
(( ربنا واجعلنا مسلمين لك ومن ذريتنا أمة مسلمة لك ))
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri (patuh) kepada-Mu dan jadikanlah antara keturunan kami umat yang mematuhi-Mu.” (surah al-Baqarah : 128)
Ringan tapi berat...kecuali org yg khusyuk. Pakngah dok mengingatkan diri pakngah sendiri dan sumo la...mudah2an kito ni tak tergolong dlm kalangan org2 yg lalai. "Ya Allah ya Tuhanku, jadikanlah zuriat keturunanku daripada kalangan org2 yg mendirikan solat," antara doa yg selalu pakngah baco lps solat.
Okey la sonang citor didiklah anak2 kito bersolat. "Abang, jom solat...adik, jom solat."
Tuesday, April 7, 2009
sapo punyo kojo plak ni?
Perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan-NS tercemar.
NEGERI Sembilan mencerahkan peluang mara ke final Piala FA selepas menewaskan Kelantan 1-0 di Stadium Sultan Mohamed ke-IV, malam tadi dalam perlawanan yang tercemar dengan insiden serangan pada akhir perlawanan dan keganasan penonton di luar stadium.
Penjaga gol tuan rumah, Halim Napi dilihat meluru ke arah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak lalu menumbuk dan memijak pertahanan Negeri Sembilan itu sebelum dileraikan oleh rakan sepasukannya dalam saingan separuh akhir pertama.
Pengajaran nyer...
- Jangan ngada2 nak anjur prlawanan bola / sukan masa musim pilihanraya... tak kira la PRK / PRU. Mano cukup polis nak jaga keselamatan dgn penonton yg ribu2 org. Unit2 sokongan mano sompek nak bekojar gi stadium... jauh tuhh. Kalu nak sgt bersukan maso pilihanrayo... anjurkan je sukaneka rakyat... lbh ramai org bole ambik bhg... badan sihat... hati pun tonang.
- Tak payah la nak jaga tempat ceramah pilihanraya... ngabihkan duit rakyat je. Org dtg cuma nak dgr ceramah... abis ceramah diorang blk rumah. Mana ada orang gi ceramah bawak bom / bungapi... waima mancis pun takde... yo la kurang sgt yg isap rokok... apo perlu nye mancis. Org yg hati koring je yg masih isap rokok... kat kotak rokok skrg nih dah ado gambar yg mengorikan... pakngah tak lalu nak nengok.
- Anggota polis elok ditempatkan kat stadium je... eloknya berkampung kat situ 3 hari sebelum dan 3 hari selepas perlawanan. Penonton yg nak masuk stadium... cek brg2 yg dibawak. Biaso nengok kat tv... bilo masuk gol je... dontam-dontum bunyi mercun... bom asap lagi... bekabus je padang. Jgn lupa isi tangki air water cannon ponoh2... bilo ado yg mencarut melampau2 / merusuh mcm kono rasuk... pancut copek2 orang tuh... bagi sodar sikit. Ado kereto kono bakar... pancut kat kereto tuh plak. Kalu aman jo semuo... dgn erti kato lain air tuh byk berlobih... jgn membazir... kiro pakat buat mandi la ramai2. Baru ekau tau mcmano raso kono air tuh.
Mgkn ado laei pengajaran yg bole dikutip drp peristiwa nih... ekau pikir la sendiri! Read more...






